Ahad, 2009 Oktober 11

Diamond Night 2009 MIECC The Mines

Alhamdulillah semua warga Taipan 181. Malam tadi baru berlangsungnya Diamond Night yang bertempat di MIECC, memang sungguh teruja sekali lagi dengan perhimpunan seluruh pelusuk negeri warga Taipan 181. Panglima dan serikandi Taipan 181 geng utara yang membawa semangat dan impian yang begitu membara sekali.

CDM..CDM..

Couple hihihi


Bersama Group Taipan 181 espee


CDM Syatiroh


CDM Corey

CDM Zana N Cheq (CDM Baling)


Espee N Baling

CDM Fitri n Ayu (CDM biasa biasa saje)

Panglima Taipan 181 geng utara

Srikandi Taipan 181 geng utara





Dinner Time

Ahad, 2009 September 27

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat hari raya aidilfitri buat semua warga Taipan 181 khususnya, diharap anda semua masih ditahap bersemangat Hai-O perjuanganku. Tak juga lupa pada Group Taipan 181 geng Utara yang semakin melebarkan sayapnya. Pada rakan-rakan kongsi saya yang sedang beraya sakan (sebelum raya dapat duit bonus Hai-O..hihihi)..kuatkan semangat anda semua, dan juga tak lupa pada upline yang saya hormati yang telah pun menjadi CDM...CDM panas2 lagi tu..hihihi.

Selasa, 2009 Mei 26

Anugerah SM dan SSM Utara

Assalamualaikum, pada 23 Mei 2009 bertempat di Holiday Villa Hotel telah berlansungnya Seminar yang amat hebatnya bagi group Taipan 181.




Pada belah malamnya pula diadakan Anugerah SM (Sale Manager) dan SSM (Senior Sale Manager). Memang hebat pada malam tu, dewan yang begitu besar sudah hampir tidak dapat menampung kapasiti orang yang datang, bahkan ada yang sanggup berdiri sehingga habis penganugerahan.



Group Taipan 181 Utara (Penang, Sungai Petani, Parit Buntaq, Alor Star, Sik, Baling, dll) memang sentiasa berwawasan menuju ke puncak kejayaan.


Taipan 181 di atas pentas tetap bertenaga.

CDM Taipan 181





Tahniah dan terus ke puncak kejayaan


cute CDM ni


Jumaat, 2009 Mei 15

Semangat 181 CDM



Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa

REZEKI ALLAH YANG TENTUKAN


Kepercayaan dan keyakinan adalah hak masing-masing.

Jika kita berniaga gerai makan dan memperolehi keuntungan dan kehidupan selesa maka kepercayaan dan keyakinan kita bersandarkan perniaagaan ini.

Jika kita berniaga perusahaan ternakan dan memperolehi keuntungan dan kehidupan selesa maka kepercayaan dan keyakinan kita bersandarkan perniaagaan ini.

Jika kita berniaga membuka bengkel kereta dan memperolehi keuntungan dan kehidupan selesa maka kepercayaan dan keyakinan kita bersandarkan perniaagaan ini.

Jika kita berforex / insuran / public mutual / dll dan memperolehi keuntungan dan kehidupan selesa maka kepercayaan dan keyakinan kita bersandarkan perniaagaan ini.

Begitu juga jika kita melabur seperti MP*B / Bulu* M*s / Jazz*en / Ja* Net*ork / dll konsep 5D (Duduk Diam Diam Dapat Duit) dan memperolehi keuntungan dan kehidupan selesa maka kepercayaan dan keyakinan kita bersandarkan perniaagaan ini.


Dan tidak terkecuali juga jika kita makan gaji dan memperolehi keuntungan dan kehidupan selesa maka kepercayaan dan keyakinan kita bersandarkan pada pekerjaan itu.

Jadi untuk saya yang terlibat dengan perniagaan Hai-O, dalam melaksanakan Taipan 181, jika menghadapi masalah seperti ini adalah perkara biasa. Saya juga telah bertemu dengan bermacam perangai kawan-kawan dan prospek dengan pelbagai alasan yang mereka percaya bahawa apa yang mereka lakukan adalah yang terbaik dan membidas usaha saya adalah sia-sia, bodoh dan merugikan.


Saya terpaksa menerima tamparan tersebut dengan rela hati, kerana dalam Taipan 181 kita harus setuju dengan pendapat mereka. Setuju supaya tidak menjadi pertelingkahan yang sia-sia, setuju untuk muhasabah diri, setuju untuk memperbaiki diri dari segi keilmuan, setuju untuk menjadikan diri kebal dengan keadaan seperti ini atau yang lebih teruk, setuju berkorban untuk berjaya, beginilah Taipan 181 yang diterapkan supaya mengubah sikap menjadi sabar, menjadi berilmu, berubah menjadi sikap yang baik.

Walaupun saya dicemuh melakukan perniagaan MLM bersama Hai-O, dengan sistem Taipan 181 dan segala kebaikan dan kejayaan yang telah ditunjukkan, saya yakin pilihan saya adalah tepat dan bergantung kepada semangat dan istiqamah untuk berjaya dalam perniagaan ini.


Janji Allah bahawa

DIA tidak akan mengubah nasib umatnya jika umatnya sendiri tidak berusaha untuk berubah dan 9/10 punca rezeki datang dari perniagaan
adalah benar....

Jangan sesekali anda mencemuh individu yang berusaha dalam perniagaan kerana mereka sedang mengerjakan suruhan ALLAH dan jika anda mencemuh mereka tidakkah anda mencemuh suruhan ALLAH juga... berdosa atau tidak anda fikirkan

Membina lebihan ringgit untuk kaya

Dalam sebuah buku karangan Dr.HM Tuah Iskandar al-Haj, beliau menurunkan beberapa point penting dalam mengejar impian yang rata-ratanya semua orang inginkan tetapi jarang sekali hendak melakukannya kerana alasan yang mereka sendiri cipta.

Disini saya kupaskan sedikit dari perspektif perniagaan Hai O kita;

1. Jika ingin kaya, berniagalah. Selama mana begelar pekerja memang kita tidak akan kaya - Sekadar cukup makan atau tidak merempat maka itu lah pencapaian kita. Untuk benar-benar senang dalam istilah kaya memang kita perlu keluar daripada kepompong bekerja. MLM adalah salah satu cabang perniagaan yang mudah jika benar-benar memahami Plan Pemasaran dan Latar belakang Syarikat. MLM boleh juga dijadikan sebagai batu loncatan untuk membina landasan untuk menyediakan modal yang lebih besar sekiranya kita mempunyai perancangan perniagaan lain dimasa hadapan contohnya membuka kedai makan dan sebagainya.

2. Berniaga itu SUNNAH - Jangan terasa hina bila menjual barang, orang Melayu kebanyakannya malu hendak berniaga tetapi tidak malu hendak meminjam untuk kegunaan peribadi. Sebagai contoh kita sanggup meminjam semaksimum yang mungkin dari bank semata-mata untuk majlis perkahwinan yang hanya diadakan sehari atau dua hari dan terpaksa pula menanggung beban itu sehingga beranak cucu - Inilah manusia dan inilah orang Melayu, bank sediakan pinjaman atau dana supaya kita boleh berniaga dan dari keuntungan perniagaan itu kita mampu menyelesaikan pinjaman tersebut dengan kadar segera. Dalam Hai O rata-rata pinjaman diselesaikan kurang dari dua tahun.

3. Hendak kaya tetapi selesa dengan waktu kerja yang dah ditetapkan. Terlalu selesa dengan apa yang dah ada- ini semua sekadar senang dan sedikit berharta. Mentaliti kebanyakan dari kita, apa yang ada depan mata itulah rezeki, orang macam ini selalu gunakan peribahasa "beras secupak tidak akan jadi segantang" - Dalam Hai O keselesaan adalah tidak terbatasa, kita boleh mencapai apa saja impian dengan syarat kita mulakan jangan tunggu!!!

4. Kekayaan tidak datang bergolek, ia perlu diusahakan - Ramai sangat yang nak cepat kaya, semuanya nak senang, tak suka nak berusaha, tak suka nak cari rakan kongsi, tak suka nak jual barang, tak suka keluar modal, tak suka ini, tak suka itu tetapi TERUJA bila kita katakan income pada bulan pertama RM4600++, bila sampai bab modal dan rakan kongsi yang hanya 4 orang pun macam-macam alasan bukan?

3 Kategori Manusia

Dalam menangani masalah-masalah yang diajukan oleh prospek, perlu diingatkan bahawa mereka juga adalah manusia seperti kita juga. Punyai perasaan marah, sayang, suka, benci, gembira dan sebagainya.

Maka itu, untuk mengurus prospek-prospek diluar sana, kita perlu mengetahui dari jenis apa kategori mereka ini.

1. Celaka
Ini adalah terdiri dari mereka-mereka yang menjadi tukang dengar dan tukang sorak. Kalau kit aberjaya mereka akan bergembira, kalau kita tak berjaya mereka akan gembira juga malah mungkin mengutuk dan merendah-rendahkan usaha kita. Golongan sebegini selalunya tidak akan mendapat apa-apa pulangan sekiranya kita cuba mendekati mereka malah berkemungkinan sekiranya kita tidak tabah akan 'lemas' dengan 'sorakan' mereka.

2. Terpedaya
Golongan ini terdiri dari mereka yang suka melihat apa yang berlaku tetapi tidak pernah ada tindakan susulan malah masih tidak mempercayai apa-apa bukti yang berada didepan mereka.Golongan sebegini juga suka memberi alasan atau seribu dalih.

3. Berjaya
Golongan ini adalah terdiri dari mereka yang ingin mengetahui, ingin mendengar dan ingin mencuba. Mereka akan buat kerana mereka bukan sahaja mendengar dan melihat bukti tetapi mereka juga inginkan kejayaan yang sama dan berusaha untuk mendapatkan kejayaan tersebut.

Saya boleh katakan yang kita ini adalah dari golongan yang berjaya - Mengapa? Kerana kita mahu mendengar, kita mahu melihat bukti-bukti kejayaan orang-orang terdahulu dan KINI kita telah melakukan langkah pertama betul tak?

Teruskan usaha, jangan kita layan 'sorakan' si celaka, dan jangan kita ikut golongan terpedaya kerana kita tak mahu ketinggalan dan tidak mahu berada di takuk lama - KITA MAHU PERUBAHAN!

Selasa, 2009 Februari 24

KENAPA TAIPAN 181?

Ditubuhkan pada Disember 2006 berpusat di Taipan USJ9. Misi kami melahirkan ramai jutawan Bumiputera berpangkat Crown Diamond Manager (CDM) yang boleh membentuk perniagaan berangkaian khususnya ke seluruh pelosok negara dan amnya ke seluruh dunia. Motto rangkaian Usahawan Taipan 181 ialah syarikat kukuh dan usahawan teguh. Bagaikan aur dengan tebing dan bagaikan kuku dengan isi menjadikan kami bersatu dan bergembeleng tenaga menjadikan perniagaan Hai-O setanding dengan syarikat luar negara. Berlatar belakang syarikat yang berada di Papan Utama Bursa Saham Malaysia iaitu Hai-O Enterprise Group Berhad berusia 34 tahun dan pengalaman perniagaan berangkaian iaitu Hai-O Marketing Sdn Bhd berusia 17 tahun memberikan inspirasi kepada kami untuk sama-sama merealisasikan modal insan dan menjadikan masyarakat Bumiputera bangkit di dalam bidang perniagaan sebaris dengan bangsa lain di negara Malaysia. Ayuh! sertai kami di Taipan 181 kerana bimbingan keusahawanan yang diberi secara percuma mampu merealisasikan Impian ANDA. Jangan ANDA berfikir panjang kerana berfikir panjang menjadikan ANDA lebih tua dari usia sebenar ANDA.

PAKEJ USAHAWAN TERBILANG TAIPAN 181

Faktor Kejayaan Usahawan-usahawan TAIPAN 181

1. Syarikat yang kukuh yang tersenarai dalam Papan Utama BSKL sejak 1996.
2. Telah melahirkan lebih 40 Jutawan Bumiputera kurang dari setahun sejak pelancaran program pada 2006.
3. Bekerjasama dengan MARA
4. Pelan Perniagaan telah tersedia, sangat mudah tetapi telah terbukti dan sangat berkesan - juga diluluskan oleh KPDNKK.
5. Pulangan pelaburan yang cepat, tinggi dan berterusan.
6. Mendapat Anugerah Gerak Usahawan Nasional pada Ogos 2007 dari Perdana Menteri Malaysia di atas kejayaan melahirkan usahawan-usahawan Bumiputera yang sangat cemerlang kurang dari setahun sejak pelaksanaan program.
7. Bimbingan, Latihan Keusahawanan & sokongan yang berterusan.
8. Program Keusahawanan yang sangat telus, jujur, adil dan tiada unsur riba.

9. Insentif yang amat menarik - pakej Umrah & lain-lain destinasi pelancongan 3 kali setahun
10. Syarikat tersenarai dalam majalah Forbes 2007, 2008 dan terbaru 2009
11. Syarikat tersenarai nombor 2 dalam senarai kaunter paling untung Bursa Saham Malaysia.


Jika anda masih tercari-cari apakah bentuk peniagaan yang patut anda ceburi, inilah peluang yang terbuka untuk anda. Segalanya telah tersedia, dari Pelan Perniagaan hinggalah kepada Strategi Pemasaran - cukup mudah tetapi sangat berkesan dan telah terbukti. Segalanya hanya bermula dari anda.




KATA-KATA SEMANGAT & MOTIVASI

Cuma untuk berkongsi kepada sesiapa sahaja yang menbaca blog saya ini.Peringkat pertama sahaja saya telah bergelar Sales Manager.Pada sebulan selepasnya saya telah dianugerahkan sebagai Sales Manager di mana cek saya bulan itu adalah RM 5,138.85 hanya dengan ahli RM 30 duit poket sendiri sahaja.Bukan itu sahaja, malah saya mendapat saguhati berupa jam Roscani genuine bernilai RM 5++ dan menghadiahkan jam itu kepada isteri saya.Boleh dirumuskan apa yang saya dapat pada bulan pertama sebaik sahaja sign up sebagai ahli adalah:

1) Cek bernilai RM 5,138.85 (BULAN PERTAMA)
2) Jam Roscani
3) Pangkat Sales Manager

4) Income 21%


Jika saya buat simpanan RM 100 sebulan pun mengambil masa lebih kurang 6 tahun, itu pun hujung tahun mesti dikeluarkan duit simpanan tu untuk raya, duit road tax, shopping, bla..bla...bla..betul tak?

Ini sahaja bulan pertama sudah mencekam RM 5,138.85 , anda tidak mahu ke RM 4 angka dalam kocek anda pada bulan pertama????



Konsep pegangan :

Ibarat sebuah kedai, dimana platform untuk berjaya dalam perniagaan sudah ada,mesti buka kedai setiap hari, tingkatkan usaha, tingkatkan sales dan capai untung setiap bulan.Apa gunanya jika kos perniagaan mencapai puluh-puluh ribu tapi tak jalan. lebih baik tak payah berniaga...gulung tikar la...kuatkan azam untuk capai target, tiada target tak berjaya la perniagaan anda..sentiasa dampingi dan banyak belajar dengan upline (group leader), dalami ilmu, barulah ada keyakinan nak berniaga...

Apa yang penting kerjasama.Di Taipan 181 ini, kami amat tekankan kerjasama group di mana untuk ahli2 baru yang join akan di beri tunjuk ajar sepenuhnya dan perjalanan perniagaan ahli baru akan di lakukan secara berkumpulan bukan solo.Konsep Taipan 181 adalah menjayakan orang bawah..Go..Go..Go..Taipan....



Bonus Tabung Kereta (dalam tempoh 4 bulan): Bonus paling bermanfaat untuk setiap ah
li idamkan dalam tempoh 4 bulan sahaja sudah layak memiliki dan memandu kereta idaman anda...

Mempunyai sebuah syarikat kereta yang memberi
kan 100% pinjaman kereta khas untuk Taipan 181 sahaja..










Toyota Alphard














Toyota Caldina











BMW








Nissan 350Z Fairlady













Mitsubishi Evolution Lancer 8 & 9










Mercedes Benz S-Class








* IF A DROP OF WATER FALLS IN A LAKE, THERE IS NO IDENTITY,

BUT IF IT FALLS ON A LEAF OF LOTUS, IT SHINES LIKE A PEARL.
WE NEED TO CHOOSE THE BEST PLACE WHERE WE CAN SHINE.

* TIME IS VERY SLOW FOR THOSE WHO WAIT,
VERY FAST FOR THOSE WHO ARE SCARED,
VERY LONG FOR THOSE WHO LAMMENT,
VERY SHORT FOR THOSE WHO CELEBRATE.
BUT, FOR THOSE WHO LOVE, TIME IS ETERNITY


- IN ANY MOMENT OF DECISION,
THE BEST THING YOU CAN DO IS DO THE RIGHT THING.
THE WORST THING YOU CAN DO IS DO NOTHING.

AND OUR DECISION IS, TO BE WITH TAIPAN 181.. INSYA'ALLAH..